TenTANG SAyE

nama betol aku hafiz..tapi korang leh panggil aku apai,pihlu or KERENGGA SEXY...haha...aku berjaya dilahirkan oleh emak kesayanganku pada tahun 1990...maser aku lahir,mak aku kata,aku dah stylo abis waktu lahir...tak tau la btol ke x...tapi,sekarang pon memang aku stylo cam bangang...aku nih nampak je dress skinhead,tapi hati taman..haha..so,jgn la nak segan2 tegur aku kalo jumpe aku kt luar k...aku nih memang suke berkawan..aku mempunyai ketinggian setinggi err..rendah sket ar drpd alang pintu kt umah aku..berat aku plak xde la seberat anak gajah atau seringan belon...haha..minuman kegemaran aku plak ialah teh ais sebab harga dia seringgit je..so,aku xyah pening2 nak cari lagi 2-3 kupang utk bayar air aku cthnye milo ais yang harganye rm1.20...haha...kalo dari segi permainan plak,aku sgt berbakat dlm permainan 'tepuk daun terup'..cita-cita yg sangat diminati aku ialah penyelia petang sekolah..hahaha..motto idop aku plak ialah 'jgn kerana ikan goreng,kucing kita sepak kepala'Harap korang sumer enjoy k

Monday, April 14, 2008


Dibuka pada tahun 1984 dengan kemasukan pertama pelajar tingkatan 3 (Batch: 1982) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Muar, Johor dan pelajar tingkatan dua (Batch: 1983) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Terendak, Melaka. Pelajar tingkatan satu (Batch: 1984) masuk pada 24 Mac 1984. Ketika itu MRSM Balik Pulau masih tidak siap sepenuhnya tetapi dibuka juga untuk kemasukkan pelajar-pelajar.
Pada tahun 1986, disebabkan status MRSM Kulim ditingkatkan kepada Kolej, semua pelajar tingkatan 4 MRSM Balik Pulau (Batch: 1983) dipindahkan ke lain-lain MRSM serata Malaysia untuk membuka kekosongan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dari MRSM Kulim.
Dalam beberapa tahun awal kemasukan pelajar ke MRSM ini, mereka memasuki kuliah yang dipecahkan ke beberapa kategori seperti Sains, Sains Sosial, Bahasa dan Matematik di mana pelajar-pelajar berpindah dari satu kelas ke kelas yang lain untuk belajar. Pilihanraya pemilihan Badan Wakil Pelajar (BWP) yang pertama diadakan pada tahun 1985.

No comments: